BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 10, 2009

Semangat Perpaduan

Sehingga kini, Malaysia merupakan satu negara majmuk di dunia yang telah berjaya dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Lihat saja di sekeliling kita, terdapat pelbagai unsur kemajuan yang dicapai. Selain itu, juga terdapat pelbagai bangsa duduk di sini, seperti orang Islam, India, Iban, Cina dan sebagainya. Oleh itu, perpaduan adalah sangat penting. Bagaimankah kita menyemai semangat perpaduan dalam diri anak-anak?

Ya, terdapat pelbagai cara untuk menyuburkan semangat tersebut tetapi sesuatu cara yang lebih berkesan, iaitu menanam semangat perpaduan di rumah. Hal ini adalah berkaitan dengan anak-anak ibu bapa atau keluarganya. Oleh itu, ibu bapa telah memainkan peranan yang sangat penting. Bak kata "melentur buluh biarlah dari rebungnya", ibu bapa harus memupuk semangat perpaduan sejak dari kecil lagi. Sebagai contoh, ibu bapa patut mendidik anak-anak tentang pelbagai tradisi daripada pelbagai bangsa dan juga belajar dengan anak sendiri. Hal ini akan mempengaruhi sikap atau sifat generasi pada masa nanti.

Selain itu, ibu bapa juga harus menjadi contoh atau teladan yang baik kepada anak-anak kerana bapa borek, anak rintik. Anak-anak akan belajar apa-apa daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa bukan sahaja harus melakukan peranan yang baik di hadapan anak-anak tetapi juga senantiasa menyedarkan diri setelah melakukan sesuatu. (bagaimana hal ini boleh mempupuk semangat perpaduan dalam jiwa anak-anak?)

Di samping itu, ibu bapa juga patut mengajak anak-anak berkunjung ke rumah jiran tetangga untuk bersama-sama menyambut perayaan dan agama seperti Hari Deepavali dan Tahun Baru Cina. Hal ini bukan sahaja akan menjalinkan hubungan yang baik dengan jiran dan juga akan menyuntik semangat perpaduan kepada anak-anak. Dalam pada itu, anak-anak akan kurang menyalah faham akan kaum lain setelah berlaku pertengkahan.

Seterusnya, ibu bapa juga memikul tanggungjawab tentang menjelaskan kepada anak-anak tentang Malaysia adalah sebuah negara yang majmuk supaya anak-anak tidak akan mempunyai sikap ego seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dan tiada sifat mengenteng bangsa atau kaum lain. Sebagai contoh, ibu bapa harus menjelaskan tentang nilai-nilai moral dan perpaduan kepada anak-anak.

Demi merealisasikan matlamat perpaduan antara pelbagai kaum, ibu bapa juga harus saling bercerita tentang susur galur sejarah bangsa Malaysia kepada anak-anak. Selain itu, ibu bapa patut menggalakkan anak-anak menonton filem dan drama yang bertema perpaduan antara kaum. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menemani anak-anak menonton filem yang tentang perpaduan dan juga boleh meluangkan sedikit masa untuk mencerita sejarah kepada anak-anak supaya anak-anak mereka akan lebih suka kepada bangsa kita dan mempunyai semangat perpaduan melalui cara-cara tersebut.

Ibu bapa juga perlu memberi dorongan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dapat memupukan semangat perpaduan, seperti program PLKN. Hal ini dapat membolehkan anak-anak mengetahui bagaimana berhubung dengan pelbagai kaum dan anak-anak akan berkawan dengan pelbagai kaum. Sekiranya, anak-anak telah berkawan dengan kaum lain, anak-anak mereka akan mula memahami tentang kawannya dengan kaum lain, contohnya, seseorang Cina akan minat cara-cara dan tradisi kepada seseorang Melayu. Akhirnya, anak-anak mereka akan mula menyukai berkawan dengan pelbagai kaum. Semangat perpaduan akan disebarkan kepada satu ke satu.

"Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat", semangat perpaduan adalah sangat penting kepada sesuatu negara. Oleh itu, bangsa Malaysia supaya perpaduan kerana satu Malaysia, satu Bangsa. ( tidak menulis apa yang telah anda tulis - peranan ibu bapa dalam memupuk semangat perpaduan anak-anak)

1 comment:

  1. Baiki kata, frasa atau ayat yang berwarna biru. Anda banyak menggunakan dan dan juga dalam karangan anda, minta elak daripada gaya penulisan seperti ini.

    Pendahuluan tidak menyatakan isu semangat perpaduan, peranan ibu bapa,anak-anak

    Isi pertama baru anda nyatakan peranan ibu bapa.
    Kebanyakan isi anda tidak diperjelas bagaimana ibu bapa memupuk semangat perpaduan dalam jiwa anak-anak.

    Penutup:
    Tiada tentang peranan ibu bapa dan semangat perpaduan anak-anak.

    ReplyDelete